Friday, March 28, 2014

Pehhh

Apa perasaan kau kalau orang kau sayang gila,kata kat kau dia terseksa selama ni.. pehhh.. mendidih hati ni.. kecewa tak yah cite.. payah... payah.. Betul lah kata, hati dan perasaan ni Allah sahaja yang betul faham..

Saturday, February 8, 2014

Been a long , long time!

Assalamualaikum.  Hye blog , kesian dear blog sendirian, takpe blog, walaupun tempoh iddah kau dah habis tapi aku sebagai kekasih kembali untuk menyambut mu.

Berhentilah sedih, setahun kau menangis tunggu aku. Aku post video ni, seolah-olah kau tujukan lagu ni untuk aku, supaya aku terasa yang kau ni sweet :*




Sebenarnya blog, aku baru balik dari korea, tempat aku dilahirkan, untuk menyelongkar susur galur dan keturunan keluarga jawa aku. Ya aku tahu jawa dari indonesia tapi apa salahnya aku cari di korea, engkau jealous ke. Aku nak share beberapa gambar aku sepanjang aku di kampung halaman aku untuk tatapan engkau , sekadar pelepas rindu engkau terhadap aku. Aku suka bersembang dengan engkau sebab engkau ni, walaupun gaya macam tak responsive to thoughts , engkau meng-ia kan aje apa aku kata. Ha Ha Ha.




Manjannya senyuman aku untuk engkau blog.

Disamping itu blog, aku juga ada banyak gambar-gambar ultra perasan dengan khidmat freelance photographer tak berbayar iaitu mak ayah aku yang tercinta. Nah..



Gambar di Nami Island.

Sepanjang aku di Korea banyak aku belajar. Aku, wahai blog, seperti yang engkau tahu dari aku umur 2 tahun aku nak belajar di luar negara , di universiti yang gah-gah di Australia, United Kingdom dan sebagainya. Walaupun aku gagal untuk kecapi nikmat tersebut, tetapi aku diberi yang lebih baik oleh Allah. Rupanya rezeki yang Allah beri , untuk aku travel the world bersama keluarga aku. Terlampau banyak untuk aku kongsikan, aku ke merata dunia sekarang! Itulah yang sampai setahun aku tinggalkan engkau, pfft. Kalau lah Kelantan tu kategori overseas.

Hari pertama aku sampai di Korea aku jumpa dan hang out dengan beberapa rakan aku seperti Lee Min Ho dan Rain. Rain ambil aku dari airport. Dari KLIA whatsapp aku tanya sampai pukul berapa. Gelojoh . Rilek ah. Tapi aku faham sebab dah lama tak jumpa, kesian kitorang. HMM
Suhu di Korea ketika itu memang luar biasa, 5 darjah celcius ! Macam dekat Kuala Krai! Aku dan adik aku Izzati memang keluar dari airport saja nak jakun cakap keluar asap. Aku ketawa pun keluar asap! Nasib lah aku tak try kentut. Aku kentut dalam airport je.

Well , pengalaman pertama aku tidak lah begitu baik. Semasa di Imigresen, aku sampai jam 6 pagi. Ramai orang waktu tu yang baru sampai. Nasib tak menyebelahi aku kerana pegawai imigresen aku seperti komunis dari North Korea yang seolah-olah tak puas hati dengan semua orang. Kenapa dia? kenapa bukan Tiffany SNSD seperti yang aku angan-angankan?! Aku dimarahi kerana tak faham apa yang dia cakap. Ntah kenapa aku juga gagal mengawal emosi selepas tangan aku disental kerana gagal memahami arahan dia untuk meletakkan dua jari telunjuk di atas screen reader. What do we call it anyway? I thought it was a thumb reader. Ni index finger reader pun ada ke? Mana aku faham plus it was in Korean dan aku tak dapat nak fokus kerana masih mamai. Dia sental-sentalnya jari aku. Mungkin dia marah sebelum tu 3 kali dia panggil aku untuk diperiksa passport tapi aku tak dengar, sebab aku ralik tengok orang Malaysia lain di Airport. Aku respond macam ni:

" Oh my gooodddddddddddddddddddddddd! " ( nada bengang cakap kuat *rolling eyes)

Terkejut beruk dia. Hello ini bapak komunis engkau.
Beberapa hari selepas tu aku cerita kepada Rezuan Hafiz, the person who brought us around Seoul ( he's studying there and doing this as part time) , dan dia kata sebenarnya orang Korea baik-baik berbudi bahasa, hanya ada segelintir, mungkin golongan yang lanjut usia memang sikapnya protokol dan tegas. Tegas , tegas la juga, tapi aku kan pelancong.

Banyak tempat aku lawati. Aku nak cerita semua , tapi aku ni bukan jenis suka type banyak sangat, jadi izinkan aku pendekkan ya dengan bantuan gambar!



Namsan Tower


Ibu dan adik makan odeng! Macam fishcake, hafiz ngajo.


Ibu adik and hafiz


My sister :)


Salute Malaysia !


Gua baru sedar gua ada bakat main baseball


Aku juga baru sedar yang aku ni gayat teramat sangat bila tengok tempat tinggi! FAIL !


Salah satu yang aku suka, antara banyak lagi perkara lain semasa di Korea adalah, internet. It was EEEEEEVERRYWHEREE and it was suuuuuuuuuuuuuperr fast. Especially in Hotels, even in budget hotels! Memang kejutan budaya, itu kalau aku bawak laptop, setakat how i met your mother tu season 11 pun aku boleh download. HAHA! Balik Malaysia, Unifi pun macam apa je kadang. Banyak lagi yang boleh negara kita contohi dari Korea. What i heard too was that Korea isnt a country rich with resources, they are more, industry driven. But then, jauh lebih maju dari negara kita ni yang lebih banyak natural resources. Bukan sahaja lebih banyak, terlampau banyak jika nak dibandingkan dengan negara mereka.

Next, aku perasan yang jika diluar negara, khutbah mereka mesti tentang penyatuan sebagai muslims pelbagai bangsa. Bercerita tentang solat jumaat. Iye betul di Malaysia majoritinya Melayu Islam and different environment, tetapi jika kau ada pengalaman diluar negara engkau akan faham maksud aku. Betapa teks khutbah di Malaysia ni perlulahhh diperbaiki. Bagaimana kita nak encourage the non-muslims of different races to embrace islam if khutbah yang muslims sendiri dengar pun tidur! Ini cuma pendapat aku. Memang sensitive tapi realiti. Mungkin suatu hari nanti aku dapat be part of the khutbah text making. InsyaAllah.

Fuh, memang banyak aku nak kongsikan tetapi ini lah sedikit sebanyak gambaran boleh aku berikan, insyaAllah ada lagi kelapangan, aku akan share lagi.  BYE!




Friday, January 18, 2013

Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke mee hailam




My dad , my hero .

post, posted, postmen

Assalamualaikum!


Dear blog, I've left u unattended for quite sometime now. I guess u must be really lonely.. Kesian you.. Jangan nanges eh baby..Cubit nanti..

So, saya masih ingat pertama sekali saya start blogging. Wow, when was it? 2009? How quick time pass by. One thing for sure, I've always missed blogging. Tomorrow is my final paper.. Ive got to do my best regardless of the setbacks im having. Jiwa yang kental memerlukan kesabaran jitu.. Motto saya?  Usaha, doa, nescafe. 


My life has been great.. i see life as a blessing.. Setiap masa kita hidup di dunia ni adalah nikmat Allah bagi kepada kita.. Saya masih beruntung, disaat saya menulis blog ini, Allah kurniakan saya ibu dan ayah, adik dan family yang sangat supportive. Saya juga dikurniakan rakan-rakan rapat yang sentiasa ada.. housemates,   joe , azim, my bestfriend , Shahrul now in Korea, Zaidi now working. I dont even know why im telling u guys this as if u know these people. But importantly disaat jatuh dan bangun, sentiasa ada teman setia by my side. Umairah , banyak kali dah bagitahu perasaan saya terhadap dia, tapi itulah, siapalah kita. ecewah.




*Scroll cepat scroll, nanti pengsan



Apehal gambar senget. Dah try rotate kot. Tolong betul-kan? Sedih ah, gambar smart dah. Susah la reader nak tatap muka saya yang hensem ni. 

Well, i promise u guys a lot more posts coming. Saya percaya ada lagi sisa-sisa reader tegar,stalker
die-hard haters dan peminat kPop yang sudi baca blog ni. ha ha. Tetumpah nescafe atas meja.

Ada satu lagu ni, yang mampu naikkan semangat saya dikala kesunyian.
Bait-bait lirik korus dia memang menarik.

" Bertahan walau didalam duka, Bersyukurnya lah kita, masih banyak yang sayangi kita"



itulah ibaratnya , orang disekeliling saya, the people ive mentioned, cintalah yang menyatukan kami semua. Alhamdulillah, ingat, selalulah kita bersyukur :)




Monday, February 20, 2012

found it

Assalamualaikum,

Dear Umairah,


You are big headed macam dora the explorer kinda big dan nak menang saje kerja,
but u thought me patience.
You say im this im that and I always make u sad,
but still u light up my world like nobody else and yes im glad.
You say I kuat merajuk dan kuat marah padahal you pun lebih kurang ,
but hey, aku masih kat sini kan?
I say I feel totally insecure and afraid of losing you,
mungkin u said kalau nak buat, dah buat lama dah dulu.
They say we jiwang and nak menunjuk kat semua orang.

Memang nak menunjuk because I cannot explain what love is , I captured a picture of it, so there u have it, its you.

Tuesday, January 3, 2012

SEMANGAT!

semoga aku peroleh kekuatan, serta semangat dan dorongan untuk update blog.
yaallah, malas betul !

Wednesday, December 21, 2011

Apa Macam ?

Okay dah siap!
Saya berjaya menyiapkannya dalam tempoh masa kurang satu jam.
I know, syahmi, youre awesome.
Nampak tak perbezaannya? gempak tak?
semua kenalan saya call tau nak buat layout macam ni.
Habis ah Hanis Zalikha, lepas ni aku lagi popular pada kau. booo hahaha